Thursday, February 26, 2009

Masa

Agak lama juga tak update blog ini. Sebenarnya saya cukup tak suka utk mengatakan tidak ada masa, tapi kita yg tak mencari masa yang sesuai utk mencoretkan sesuatu.... ramai org, bila tak menyiapkan kerja yang diberi alasannya tak ada masa! Sedangkan Allah swt memberikan masa yg sama utk semua manusia. tidak kira pangkat, kedudukan, rupa paras, kepercayaannya, sama sahaja, iaitu 24 jam sehari. Tapi yang membezakannya ialah "Keberkatan Masa" yang Allah swt kurniakan......

Ramai org selalu baca surah Al-asr. Demi masa. Allah swt bersumpah dgn masa. Semua manusia dlm kerugian, kecuali yg beriman dan beramal soleh, yg sentiasa berpesan kpd kebenaran (haq) dan berpesan2 kpd kesabaran.

Pepatah melayu mengatakan masa itu emas. Org Arab pula kata masa itu umpama pedang, jika kita tidak memotong, kita yg akan terpotong.

Jadi masa amat berharga. Berharganya masa, jika kita tahu menilainya, menggunakannya secara sempurna dan optimum serta menjadikan masa yg dikurniakan kpd kita utk ibadat. Ibadat sebenarnya terlalu luas, bukan setakat solat, puasa, zakat dan pergi haji sahaja. kehidupan kita 24 jam adalah ibadat. Kita tak menyusahkan org itu pun satu ibadat. Membantu org satu ibadat. hadir ke pejabat satu ibadat. mengajar satu ibadat. mendidik satu ibadat. Semuanya ibadat jika kita yakin, apa yg kita buat itu selari dgn islam dan memenuhi syarat2nya..... InsyaAllah akan diganjari oleh Allah swt

Jom....kita gunakan masa utk beribadat kpd Allah swt.....

Thursday, February 12, 2009

WASIAT

inilah dia, wasiat yang diturunkan oleh Imam As-syahid Hassan Al-Banna Pengasas dan Penggerak Ikhwannulmuslimin mesir

1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis- majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

BACALAH -- RENUNGILAH -- KEMUDIAN AMALKANLAH

Wednesday, February 11, 2009

MATI itu pasti

Salam semua.....

Hari ini saya bersama isteri menziarahi kematian bapa saudara Almarhum Ust Idham Che Kob di Pekan Pahang.

Kematian itu pasti. Tidak boleh dipercepat atau dilewatkan. Kira-kira 5000 org dtg menziarahi utk memberikan penghormatan yg terakhir. Solat jenazah dilaksanakan di surau berhampiran dengan 5 kali solat. Solat yg pertama di imamkan oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya PAS Pahang, Solat yang kedua oleh Mufti Kerajaan Negeri Pahang, Solat yg ketiga oleh Dato' Munawar (Bekas Exco Pahang, sekarang ADUN Umno di LUIT, Maran), Solat yg ke 4 & 5 diimamkan oleh ust dpd JAIP. Kehadiran org memang ramai.

Sebelum meninggal dunia, Al-Marhum telah mengalami sakit tidak selera makan selama hampir 5 bulan. Selepas pencen di bawah JAIp, Tengku Mahkota Pahang meminta Al-Marhum menyambung perkhidmatannya secara kontrak dgn MAIP tanpa had. Istimewanya Al-marhum ialah beliau seorg yg cacat kedua-dua belah tangan, tetapi tulisan khat nya amatlah mengagumkan. Tengku Mahkota Pahang sendiri berguru dgnnya hampir 2 tahun utk menulis dlm jawi. Hasil karya khatnya boleh dilihat di masjid maran, istana tengku mahkota dll diseluruh negeri pahang. Hobi al-marhum ada yg sama dengan saya iaitu menjala ikan dan memburu di hutan. Kalau beliau balik, tidak lekang dengan celoteh beliau tentang ikan dan haiwan pemburuan.

Semoga rohnya ditempatkan ditempat org2 yg soleh dan yg hampir dgn Allah swt

Al-Fatihah

Monday, February 9, 2009

Dol Said


Semalam merupakan hari yang amat meletihkan. Sukan sekolah. Cuaca panas. Amat memeritkan. Dol Said (rumah merah) yg pada mulanya ketinggalan jauh, tak disangka menjuarai kejohanan olahraga kali ini. Tapi disebaliknya, ada strategi dibelakang tabir yang semua org tidak mengetahuinya sehingga Dol Said boleh memenanginya. Saya sebenarnya tak memihak kepada rumah sukan mana2 pun. Sbg SU KOKO, tahun ni kerja sukan dilaksanakan oleh SU Sukan. Alhamdulillah dapatlah masa yang ada digunakan utk kerja2 lain.
Memang pada awal lagi, ramalan saya ialah Dol Said akan menjuarai sukan pada kali ini. Banyak org yang tak yakin. Tapi lihat, ramalan saya tepat. Cuma paling kesian, rumah mat kilau (hijau) mendapat tempat yang akhir. Harap2 rumah hijau akan cuba lagi pada tahun2 akan datang.
Kepada semua guru rumah dol said, diucapkan tahniah. Yang lain2 cuba lagi tahun depan!!! Cuba ketua guru rumah dol said, jgnlah riak sangat, tak baik. Kesian kat ckgu2 rumah Dato' Bahaman.


LOMPAT LAGI

From blog www.chedet.cc


LOMPAT LAGI
By Dr. Mahathir Mohamad on February 6, 2009 10:39 AM

1. Sandiwara di Perak masih menggelikan hati. Ada lompat keluar kandang, ada lompat masuk kandang.

2. Duli Yang Maha Mulia Sultan sudah bertitah.

3. Tetapi Menteri Besar Pakatan tidak hendak berhenti jadi MB. Pejabatnya sudah dikosongkan oleh Polis.

4. Apakah Polis akan usung MB dan campak dia keluar? Tentu tidak kerana tiada peruntukan undang-undang yang mengizinkannya.

5. Pakatan boleh adakan Kerajaan minoriti. Demokrasi mengizinkan.

6. Tetapi kerajaan minoriti lemah. Dia boleh ditumbang dengan undi tidak percaya oleh majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, kalau Dewan bersidang. Mungkin Pakatan tak mahu ada persidangan.

7. Siapakah yang berhak mengadakan persidangan? Bolehkah puak majoriti paksa Kerajaan minoriti adakan persidangan khas untuk undi tak percaya?

8. Jika tidak dapat paksa Kerajaan minoriti mengadakan persidangan mereka boleh ambil bermacam-macam tindakan untuk merosakkan negeri Perak. Apakah yang boleh dibuat kepada kerajaan minoriti jika ia kekalkan dirinya dan terus merosakkan negeri? Keadaan seperti ini masih kelabu; tak ada peruntukan undang-undang setakat yang saya tahu.

9. Mungkin pegawai tidak akan patuh kepada kerajaan minoriti ini. Tetapi pegawai profesional perlu akur akan perintah Kerajaan yang halal.

10. Kita hanya boleh pandang dan lihat sandiwara yang sedang berterusan. Anwar akan dapat banyak pengajaran daripada sandiwara ini kerana dialah yang beria-ia sangat untuk ada lompat katak yang terbesar pada September 16. Oh! Silap, September 24. Oh! Silap lagi.

11. Amat menggelikan hati mendengar telatah Anwar berkenaan Nasarudin Hashim (ADUN Bota) masuk PKR dan keluar daripada PKR.

12. Lompat masuk (perangkap) boleh tapi lompat keluar tak sah!! He, he, he!

Wednesday, February 4, 2009

Tumbangnya Kerajaan PR di PERAK!

Allah Swt berfirman dalam surah Al-Imran ayat yang ke-26 bermaksud:

"Katakanlah: Wahai Allah yang mempunyai kerajaan, Engkau Berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau Kehendaki dan Engkau Hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu".
Jadi, itulah takdir Allah swt. Adalah hikmah disebaliknya. Semoga kerajaan yang bakal dibentuk akan lebih baik dari sebelumnya. Sebagai pendokong demokrasi, kita kena berlapang dada. Menerima dengan hati yang terbuka. Justeru, ingatlah "Sejarah silam mendidik kita"...... fikirkanlah

Tuesday, February 3, 2009

Peperangan demi Peperangan

PEPERANGAN DEMI PEPERANGAN

Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku 'al-Harj'". Sahabat bertanya, "Apakah al-Hajr itu hai Rasulallah"? Nabi saw. menjawab, "Peperangan demi peperangan demi peperangan".

(H.R. Ibnu Majah)

Keterangan:
Realiti dunia hari ini membuktikan kebenaran sabda junjungan kita Nabi saw. Harta benda melimpah ruah. Banyak alat-alat moden yang dihasilkan oleh teknologi Barat dan Timur sehingga bertambah banyak alatan dan keperluan hidup. Maka oleh kerana itu ramai orang yang berlumba-lumba untuk mengaut keuntungan dalam membuat dan memperdagangkan alat-alat tersebut. Dan oleh kerana masing-masing tamak dan rakus maka terjadilah perebutan yang mengakibatberlakunya peperangan demi peperangan. Dari semasa ke semasa peperangan berkobar dengan tiada henti-hentinya. Padam di suatu tempat menyala pula ditempat yang lain. Satu sama lain saling cakar mencakari. Semakin maju teknologi, semakin terseksa manusia kerananya. Sebenarnya teknologi tidaklah bercanggah dengan Islam, tetapi ia mestilah tunduk kepada etika kemanusiaan yang didukung oleh Islam itu sendiri. Sedangkan teknologi yang ditaja oleh dunia barat hari ini adalah berdasarkan kepada kepentingan peribadi dan mengikut telunjuk hawa nafsu yang rakus sehingga teknologi itu digunakan untuk menghancurkan nilai-nilai kemanusian itu sendiri.
Nampaknya, begitulah keadaan yang berlaku dari umur dunia ini, sehinggalah sampailah ketitik akhirnya, iaitu qiamat.

Gading Bersilang

Mencari idea menarik, kreativiti yang tidak difikirkan oleh org biasa, nak bagi gempak...... Gading bersilang sebenarnya ialah pertandingan. Pertandingan nak cari yg terbaik.... Siapa agaknya yg terbaik, kita usahalah sebaik mungkin. InsyaAllah berkat ketekunan, kesabaran dan kerjasama semua pihak akan membuahkan hasil kejayaan...... Tapi, bila masuk bertanding ni, bolehlahhhhhh menyibukkan diri sendiri..... Dalam kerja ni senang jer...... kita pegang "Jangan sesekali kita ambil tugas orang, tugas kita banyak lagi yang tak dibereskan".......

Pertama kali....

Salam kepada semua....

Hari ini, 3 Februari 2009 setelah penat berada di sekolah melayan kerenah anak2 murid, saya try and error utk mencuba mencoret sesuatu dalam blog saya ini. InsyaAllah akan menyusul pelbagai isu menarik dan akan mengetengahkan pelbagai pandangan, tulisan dari hati kecil saya, kritikan utk diri sendiri dan byk lagi.

InsyaAllah jumpa lagi nanti