Thursday, June 18, 2009

SINGAPURA



Singapura, sebuah negara yang mendapat kemerdekaan di dalam dunia ini tanpa menuntut kemerdekaan. Singapura diterajang dari Malaysia dengan satu sidang khas parlimen yang di bawa oleh Tunku Abdul Rahman bagi mengeluarkannya (memerdekakannya) dari Malaysia.

Dalam Siaran Astro 551 baru-baru ini, Lee Kuan Yuu pada ketika itu Perdana Menteri Singapura menangis teresak-esak bila mendengar perkhabaran tersebut. Hampir 2 hari beliau mendiamkan diri di sebuah pulau bagi mencari kekuatan dan semangat. Akhirnya, apa yang beliau yakinkan, iltizamkan singapura menjadi seperti hari ini.

Kota singapura, merupakan negara maju. Memanglah jika diukurkan dengan Malaysia, jauh ketinggalan.

Sebenarnya, bila melawat singapura saya rasa bersyukur menjadi rakyat malaysia.Malaysia banyak yang indah. Semua yang indah ada di malaysia. Cuma kadang-kadang kita kecewa dengan sesetangah orang@pemimpin yang tunduk pada singapura. Mengapa? Kerana duit ker? Mereka sahaja yang boleh menjawabnya.

Cuma, yang saya takkan lupa di singapura ialah makan murtabak SD6 di hadapan masjid sultan dekat dengan arab street. Sedap jugak, berbanding makan nasi di pinggir pulau sentosa. Takder selera rasanya.

1 comment:

  1. syeikh, tunduk pada singapura eh? aku rasa kena duduk kat tempat 'pemimpin' tu baru tau cerita sebenar. kecewa tak tentu pasal pun tak bagus..tuduhan 'kerana duit ke' pun tak baik, ada bukti? kita fikirkan dosa pahala orang, buruk baik orang, apparently diri kita sendiri pun kena check betul2kan, kan, kan? hahaha.. saja nak usik kau debab. lama tak jumpa kau.

    ReplyDelete