Wednesday, March 9, 2011

LAMA

Saya sudah lama tak update blog saya. Hari ini baru saya teringat rupa-rupaya saya pernah wujudkan blog
hahahha

Tuesday, November 10, 2009

DOAKAN SAYA MENDAPAT HAJI MABRUR

Salam....

Pertamanya saya memohon maaf atas segala kesalahan saya kepada semua yg mengenali diri saya. Halalkan makan minum saya dan sebagainya.

Agak sukar menulis dalam entri kali ini. Kadang ada rasa sebak. Datang secara tiba-tiba. Harap Allah swt permudahkan perjalanan saya bersama mak saya untuk menjadi tetamunya yang paling istimewa.

Doakan saya bersama mak saya mendapat haji yg mabrur. Tiada balasan dan ganjaran, kecuali syurgaNya. Saya doakan semua pengunjung blog saya ini dirahmati dan dipermudahkan Allah swt dalam urusan hidup seharian. Mungkin blog ini tidak akan di update selama beberapa bulan. Mohon maaf. Doakan saya.

Thursday, October 29, 2009

KERETA BARU


Alhamdulillah, syukur kpd Allah swt. Kerana kami sekeluarga dapat membeli kereta baru keluarga kami. Exora. Kereta Nasional. Proton. Sepanjang saya bekerja dan mendirikan rumah tangga. Kami telah memberi kereta buatan tempatan. Ramai juga kawan-kawan yg memperli, mengapa membeli kereta nasional. Tapi pada saya, kalau kita tidak menyokong industri kereta negara, siapa lagi yg nak sokong. Walau apapun, sepatutnya kepercayaan yg diberi oleh saya kepada kereta jenama malaysia,sepatutnya pengeluar kereta tempatan meningkatkan kualiti. Setakat ini, alhamdulillah. kereta baru kami tidak meregam. Berjalan di jalan raya dgn megah dan bergaya. Exora.

Kereta pertama saya. Kancil warna biru muda JHR4817. Saya beli masa saya belajar di sabah

Kereta pertama isteri saya ialah Kelisa WLM4835. Dia hadiahkan kpd abohnya.

Kereta ketiga kami, MyVi WNY5529. Sekarang ni kereta tersebut diberi kpd adik ipar saya utk sambung bayar.

Kereta baru kami, Exora WTD 552.

RUMAH BARU


Alhamdulillah kami sekeluarga dapat kunci rumah baru kami 2 minggu yang lepas. Rumah teres 2 tingkat yg mempunyai 4 bilik, 3 bilik air, 1 stor. Agak selesa. Tapi buat masa ini kami tidak bercadang utk menetap di situ, sekadar utk disewa kpd sesiapa yg berminat. Syukur di atas segala urusan yg mudah dan lancar. Nampak di riak wajah isteri dan anak-anak tanda kegembiraan.

Saya berdoa semoga Allah swt akan permudahkan urusan kami sekeluarga di dunia dan akhirat. Amin

Thursday, October 8, 2009

kawan-kawan lama

Sahabat dalam kehidupan mungkin boleh dibilang dengan jari jemari kita sahaja. Sahabat semasa susah. Sahabat juga semasa senang. Seorang sahabat akan menangis bila kita susah dan gembira bila kita senang. dalam perkiraan, saya hanya mempunyai 5 org sahabat. Sahabat yang kekal sehingga ke hari ini. Mereka juga yg rapat dgn saya.

Kawan dan kenalan terlalu ramai. Kalau diingatkan, ada juga kenalan yang masa sekolah dulu-dulu, lebih disayangi oleh Allah telah dulu meninggalkan kita. Kawan-kawan kerja. kenalan semasa kursus. Rakan-rakan sepermainan.

Bila kita, kenang kawan-kawan, rakan-rakan lama, kenalan-kenalan lama, mungkin hati kita akan tersentuh. Ada yang berubah dari jahat@ nakal menjadi baik. Saya jumpa seorang kawan yang kaki masjid, sedangkan dulu kenakalannya dizaman persekolahan tuhan saja yang tahu. Ada juga yang berubah dari baik ke sebaliknya. Ada juga yang berubah dari kurus menjadi gemuk. dari gemuk ke kurus, tidak kurang juga yang maintain.

Ada juga kawan-kawan yang bekerja bergaji besar, mempunyai status pendidikan yang tinggi, yang sederhana dan biasa. Saya hanya memandang kepada semua kawan dan kenalan saya dengan sama taraf saja. Tidak kira siapa mereka. Kerana saya berkawan bukan kerana dunia, tetapi kerana Allah swt.

Semasa hari raya, saya berjumpa dengan seorang kawan lama, bercerita panjang lebar tentang kehidupan. Akhirnya, soalan saya kepadanya: Bila ingin menamatkan zaman bujang? Beliau hanya berkata dia serik dengan putus cinta. Memang jodoh pertemuan di tangan Yang Esa, tapi kita kena usaha dan cari.

Saya cerita pdnya pengalaman saya. Saya pernah putus cinta. Tapi saya berdoa siang malam mohon pada Allah cari yang lebih baik untuk saya. Saya kata, padanya, Berdoalah. Semoga Allah akan permudahkannya.

Hari ini,kita kena banyak berdoa. Berdoa untuk diri kita, keluarga kita, rakan-rakan kita, sahabat kita, kaum kerabat kita, musuh2 kita, semua orang kita doa. Mudah-mudahan ada insan yang kerdil, yang tidak kita kenali, akan merintih dan merayu pada Tuhan mendoakan kesejahteraan kita.

Amin

Tuesday, September 29, 2009

MENJUNJUNG KASIH



MENJUNJUNG KASIH ATAS PERKENAN TUANKU MENCEMAR DULI MENGIRIMKAN KAD UCAPAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA PATIK. PATIK DOAKAN DULI-DULI TUANKU AKAN DIBER RAHMAT DAN KEAMPUNAN OLEH ALLAH SWT

Thursday, September 17, 2009

MAAF DI PINTA

Selamat menyambut hari raya aidilfitri. maaf zahir batin daripada saya sekeluarga. Jemput kawan-kawan datang ke rumah di segamat dan bentong. InsyaAllah akan berhari raya di segamat sehingga 22.09.09 dan di bentong sehingga 26.09.09. Semoga puasa kita diterima oleh Allah swt.

Ramadhan kali ini amat bermakna dalam hidup.Isteri kesayangan saya mengandung anak yang ketiga. InsyaAllah due pada awal bulan 5 tahun depan. Sesungguhnya anak merupakan anugerah Allah swt yang tidak terhingga bahagianya. Terima kasih kepada isteri yang sanggup bersusah payah menangguh derita selama 9 bulan lebih @ 280 hari. Pelbagai anugerah yang Allah swt kurniakan amatlah bermakna walaupun ianya nampak kecil tapi sungguh signifikan dalam hidup saya.

Selamat berhari raya kepada semua pengunjung blog sejarah silam mendidik kita

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN AL-MUBARAK

Saya sekeluarga mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak kepada semua pengunjung blog ini. Semoga ramadhan akan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah swt.

RAMADHAN: Kehadiranmu dirindui, pemergianmu ditangisi.

Wednesday, August 12, 2009