Sahabat dalam kehidupan mungkin boleh dibilang dengan jari jemari kita sahaja. Sahabat semasa susah. Sahabat juga semasa senang. Seorang sahabat akan menangis bila kita susah dan gembira bila kita senang. dalam perkiraan, saya hanya mempunyai 5 org sahabat. Sahabat yang kekal sehingga ke hari ini. Mereka juga yg rapat dgn saya.
Kawan dan kenalan terlalu ramai. Kalau diingatkan, ada juga kenalan yang masa sekolah dulu-dulu, lebih disayangi oleh Allah telah dulu meninggalkan kita. Kawan-kawan kerja. kenalan semasa kursus. Rakan-rakan sepermainan.
Bila kita, kenang kawan-kawan, rakan-rakan lama, kenalan-kenalan lama, mungkin hati kita akan tersentuh. Ada yang berubah dari jahat@ nakal menjadi baik. Saya jumpa seorang kawan yang kaki masjid, sedangkan dulu kenakalannya dizaman persekolahan tuhan saja yang tahu. Ada juga yang berubah dari baik ke sebaliknya. Ada juga yang berubah dari kurus menjadi gemuk. dari gemuk ke kurus, tidak kurang juga yang maintain.
Ada juga kawan-kawan yang bekerja bergaji besar, mempunyai status pendidikan yang tinggi, yang sederhana dan biasa. Saya hanya memandang kepada semua kawan dan kenalan saya dengan sama taraf saja. Tidak kira siapa mereka. Kerana saya berkawan bukan kerana dunia, tetapi kerana Allah swt.
Semasa hari raya, saya berjumpa dengan seorang kawan lama, bercerita panjang lebar tentang kehidupan. Akhirnya, soalan saya kepadanya: Bila ingin menamatkan zaman bujang? Beliau hanya berkata dia serik dengan putus cinta. Memang jodoh pertemuan di tangan Yang Esa, tapi kita kena usaha dan cari.
Saya cerita pdnya pengalaman saya. Saya pernah putus cinta. Tapi saya berdoa siang malam mohon pada Allah cari yang lebih baik untuk saya. Saya kata, padanya, Berdoalah. Semoga Allah akan permudahkannya.
Hari ini,kita kena banyak berdoa. Berdoa untuk diri kita, keluarga kita, rakan-rakan kita, sahabat kita, kaum kerabat kita, musuh2 kita, semua orang kita doa. Mudah-mudahan ada insan yang kerdil, yang tidak kita kenali, akan merintih dan merayu pada Tuhan mendoakan kesejahteraan kita.
Amin
Amanah Kedah bangkit melupai kekhilafan
4 days ago
No comments:
Post a Comment