Menurut ahli psikologi golongan pendidik hendaklah mendidik murid2/pelajar-pelajar dengan teknik yang baik, kasih sayang, membelai murid dan banyak lagi.
Sebahagiannya saya bersetuju, tetapi kebanyakkannya saya tidak bersetuju. Saya lebih gemar menggunakan teknik mungkar nangkir daripada teknik Jibrail (membelai) kerana ianya amat-amatlah berkesan. Buktinya:
Hari ini saya menangkat seorang pelajar perempuan (umur 8 tahun) mencuri. Pada mulanya seorang cikgu bertanya dengan baik, membelainya minta dia mengaku. Tidak berkesan. Bila diserahkan kepada saya, (memang dalam hati dah dapat rasa budak ini memang mencuri) langkat pertama yang saya buat ialah memberi pelempeng "jepun" sekali. kemudian saya tanya, awak mencuri? dengan penuh ikhlas dan berlinangan air mata dia mengaku. Kerja jadi cepat, kelas dapat di kawal, ilmu cepat difahami. Mudah dan berkesan.
Dalam islam, rotan adalah unsur mendidik yang amat berguna. Saya selalu membawa anak lelaki sulung saya ke masjid. Setiap kali ke masjid saya berpesan, Abang long jangan bermain, berlari dan buat nakal, nanti ayah rotan. Ada sekali dia bermain, oleh kerana saya dah buat perjanjian dgnnya, balik rumah saya rotan. Sejak hari itu anak saya bila ke masjid akan sentiasa mematuhi arahan saya dan tidak mengganggu jemaah lain untuk bersolat.
Setakat ini kaedah mungkar nangkir amat berkesan untuk mendidik pelajar kita, lebih-lebih lagi masa kini. Percayalah!
Amanah Kedah bangkit melupai kekhilafan
4 days ago
Mungkar nangkir menyoal dahulu menghukum kemudian... Mungkin juga satu langkah ideal apabila guru menghukum tersalah murid, murid menghukum pula guru yang tersalah menghukum murid. wallahuwalam..
ReplyDelete