Tuesday, March 31, 2009

CIKGU FADZILAH ABU BAKAR

Semasa saya menuntut di Sekolah Tinggi Segamat dulu saya mengenali seorang guru yang amat baik budi pekertinya iaitu cikgu fadzilah (Sama nama dengan isteri saya).

saya mengganggapnya seperti ibu saya sendiri. Nasihatnya, sikap ambil beratnya, tutur bicara menjadikan saya lebih bermotivasi lagi.

Cikgu Fadzilah yang saya ingat saya orang muar di parit bunga jika tidak silapnya. Walaupun beliau tidak mengajar saya, tetapi beliau amatlah memahami kesusahan saya, keperitan hidup saya dll. Pernah pada tahun 1998 beliau membuat parti menyambut hari lahir saya. Saya dijemput datang ke rumahnya. Terharu. Melayan kerenah anak-anaknya. terlalu baik keluarga mereka terhadap saya.

Cuma, saya agak lama tidak menghubunginya. Loss contact. Sejak beliau berpindah ke shah alam, saya tidak dapat menghubungi beliau. Cuma saya berdoa semoga Allah swt permudahkan utk saya berjumpa dan berhubung dgn seorang guru yang banyak berjasa kepada saya seumpama ibu saya sendiri suatu hari nanti. Amin. Semoga beliau sihat sejahtera. Amin

Wednesday, March 18, 2009

Asrama Pusat Segamat (A.P.S)

Antara asrama yang lama saya tinggal ialah di Asrama Pusat Segamat. APS.

Banyak kenangan indah, kenangan pahit, kenangan silam tinggal di APS. Di sini jugalah saya belajar tentang diri saya. Sejarah silam mendidik saya erti sebenar kehidupan. Di sini jugalah saya kenal kawan-kawan, sahabat-sahabat dan guru-guru. Di sini jugalah saya membina diri saya.

Apabila menatap akhbar utusan malaysia beberapa hari lalu, seorang pelajar miskin di kelantan yg dapat 20A dlm SPM nya, hanya yang tahu erti kemiskinan sahaja yang mengerti erti kesusahan. Saya pernah mengalaminya. Tapi nasib saya tidak seteruk yang adik tersebut alami. Orang yang tidak merasa kesusahan akan sekadar mengucap kasihan, tapi orang yang rasa kesusahan akan rasa empati dalam lubuk hatinya, erti kesusahan, erti berlapar, erti tidak berlampu, bayangkanlah?

Di APS ramai guru2 saya. mereka banyak mendidik saya (selain ibu dan ayah saya) mereka umpama seorang ibu, seorang ayah. Saya hargai mereka. Mereka umpama kawan saya. Cikgu Rosiah, mak siti, ust mokhti, cikgu muszaphar, cikgu mokhsin, ust marzuki, cikgu zainudin kasbi, mereka ini pembimbing saya, guru saya ketika saya tingga di asrama. Pada mereka saya ucapkan pujian dan terima kasih. Saya mohon doa restu Ilahi rahmatilah mereka ini. mereka telah banyak membantu saya. Terlalu banyak. terima kasih cikgu

Di APS juga saya ada beberapa org sahabat, antaranya Som, jamil, rahman (hantu galah) dan wahab. Mereka ini banyak membantu saya. Susah senang bersama. Terima kasih sahabat

Di APS juga saya kenal dgn Mak Tom. Penyelia asrama. Baik budinya. Sentiasa berkongsi pendapat dan pandangan. ramah. memahami dan senyumannya tidak lekang di bibir.

Di APS juga saya baik dgn tukang kebun. tukang masak. semua pekerja saya baik.

Ada satu ketika baru baru ini balik ke segamat, seorang pakcik menegur saya, dia kenal saya, saya kenal dia. Ramahnya mereka sehingga mereka pencen.

Di APS juga saya belajar erti kepimpinan. saya menjadi imam solat sejak tingkatan 3 hingga tamat sekolah. Saya pernah dipilih menjadi su asrama dan semasa di tingkatan 5 menjadi ketua asrama.

Saya rindu pada kehidupan di APS. Rindu pada kawan2. rindu pada sahabat2. bila rindu pada mereka, saya panjatkan doa ilahi semoga bertemu di satu hari, jika tidak di dunia di akhirat nanti. Amin

Wednesday, March 11, 2009

PELANDUK

"PELANDUK DUA SERUPA" itulah kata2 peribahasa org melayu

Pelanduk sebenarnya lebih besar dpd kancil. Lingkungan 4-6kg seekor. Dalam hutan biasanya mendiami tempat yg berpamah dan berhampiran dgn punca air, kaki bukit, hutan premier serta hutan yg telah di balak.

Pelanduk berwarna perang kemerahan di atas dan putih kekuningan di bahagian bawah (hampir sama dgn kancil, cuma kancil adalah lebih kecil). Mempunyai tiga jalur dibahagian depan leher bermula daripada rahang dan bersambung hingga ke bahu

Pelanduk aktif pada waktu malam. Biasanya bersendirian dan kadang-kadang berpasangan.

Setiap kali ke hutan berburu, saya berdoa semoga dapat pelanduk. Lama dah tak makan pelanduk........ Bila lah agaknya Allah swt kabulkan

Tuesday, March 10, 2009

Hentian Pudu Raya

Kalau dulu, jalan nak masuk ke kampung saya, berbecak, berselut, tapi sekarang sudah di tar. Tar sampai depan rumah lagi (Berkat kerajaan yg memerintah) Jalan ke kampung saya berubah jua akhirnya.

Kalau dulu, saya mandi air perigi dan sungai, tahun 1986 akhirnya sampai juga air paip ke kampung saya. (berubah)

Setiap petang, dulu2 kala masa kecik-kecik dulu pergi cas bateri besar kereta dan lori, nak terangkan rumah pada waktu malam. Tahun 1993 dapat bekalan elektrik. Pagi ini dapat api, petang arwah ayah saya sudah order peti ais, mesin basuh dan TV besar. (Berubah jua akhirnya)

Telefon dulu kala, hanya ada satu kongsi satu kampung. Kalau ada kecemasan ke, ape ke, itulah dia public phone pujaan ramai, tahun 1994 org kampung dapat pakai telefon setiap rumah.

Berubah. Perubahan yg baik. Terima kasih kpd wakil rakyat yg bekerja

Yg tak pernah berubah dari masa saya kecil dulu sampai sekarang ialah hentian pudu raya. Tempat org tunggu bus, naik bus dan turun bus. Masa belajar dulu, antara tempat yg sokmo saya pergi ialah stesen komuter, train station dan hentian pudu raya. Saya rindu dgn hentian pudu raya. Lama tak pegi. Kalau sambil nak tunggu bus datang selepas ke surau ditingkat atas, saya akan ke kedai buku. Buku yg paling saya sayang ketika saya beli di hentian pudu raya ialah La tahzan (Jangan Bersedih). Tebalnya hampir 5 inci. Tapi isinya bagus. Amat bagus. Semua org wajib membacanya. Saya akan sentiasa menunggu, bila hentian pudu raya akan berubah. Berubah wajah. Lebih menarik. Menjadi nadi penggerak warga kota dan rakyat malaysia ke kotaraya Kuala Lumpur.

PPSMI

Kalau kita selidiki dan kaji dari lubuk hati secara mendalam dan ikhlas, kita dapat simpulkan PPSMI sebenarnya gagal memberikan inpu berguna kepada pelajar di sekolah rendah. Sebagai seorang guru, pelajar di luar bandar apatah lagi dipedalaman ini memang tidak boleh menguasai subjek Sains & Math dalam BI. Saya tidak menentang Bahasa Inggeris, yang saya tidak bersetuju ialah Dasar pengajaran Sains & Matematik ini perlu di ajar dalam bahasa ibunda yakni Bahasa Melayu.

Mengapa SJKC diberi kelonggaran oleh kementerian utk mengajar Sains & Matematik dalam Bahasa Ibunda mereka 50%, sedangkan negara ini, asalnya dulu ialah Tanah Melayu.

Saya masih ingat, ketika saya dan 9 org pemimpin mahasiswa UKM dulu dipanggil oleh Kementerian Pelajaran di PWTC bersama dengan pemimpin2 mahasiswa yang lain, masa itu pemimpin kerajaan yg turun berdialog dlm isu ini ialah Datuk Mahadzir Khir (SU Parlimen Kementerian Pelajaran), Dato' Husni Handzalah (Penegrusi PTPTN), Dato Noh Omar. Memang saya bangkitkan kepada mereka ini, dasar ini akan menjejaskan bahasa Melayu itu sendiri. Saya kata, apa sudah jadi pada tulisan jawi, selepas 2 dekad dihapuskan dlm pengajaran tulisan di sekolah kebangsaan, bukahkah sudah dimuziumkan? Mereka ini tidak menjawab secara ilmiah, malah memperlekehkan kami golongan mahasiswa ketika itu.

Setelah 6 tahun perlaksanaannya, bangkit pejuang2 bahasa, antaranya yg sinonim A.samad Ismail. (Saya masih ingat kata2 A.Samad Ismail ketika sempat berbual dgnnya dulu, ialah penulis itu hendaklah berwatak dan bersikap, kerana semua org boleh menulis, tapi tidak semua penulis boleh berwatak dan bersikap). Golongan yg tidak bersetuju dgn pejuang2 bahasa ini akan mengatakan, mengapa baru sekarang? sepatutnya ada jalan lain lagi. Sebenarnya, dari dulu lagi, mereka ini sudah menentang dasar ini, saya masih ingat lagi, pelbagai memorandum dihantar, kaji selidik dikeluarkan oleh pakar2 bahasa, tetapi tidak dihiraukan.

Saya rasa kerajaan masih belum terlambat. Berpatah balik ke dasar yg asal bukan bererti kerajaan tersebut gagal, tetapi mengekalkan dasar yg sedia gagal, adalah tindakan kerajaan yg bodoh. Saya akan sokong semua dasar kerajaan yg baik utk rakyat, tetapi saya akan tetap kritik dasar2 yg merugikan rakyat, apatah lagi org2 melayu. Saya harap Pak Lah, bertindak dalam masa yg ada beberapa hari ini, utk rakyat Malaysia. Amin