Wednesday, March 18, 2009

Asrama Pusat Segamat (A.P.S)

Antara asrama yang lama saya tinggal ialah di Asrama Pusat Segamat. APS.

Banyak kenangan indah, kenangan pahit, kenangan silam tinggal di APS. Di sini jugalah saya belajar tentang diri saya. Sejarah silam mendidik saya erti sebenar kehidupan. Di sini jugalah saya kenal kawan-kawan, sahabat-sahabat dan guru-guru. Di sini jugalah saya membina diri saya.

Apabila menatap akhbar utusan malaysia beberapa hari lalu, seorang pelajar miskin di kelantan yg dapat 20A dlm SPM nya, hanya yang tahu erti kemiskinan sahaja yang mengerti erti kesusahan. Saya pernah mengalaminya. Tapi nasib saya tidak seteruk yang adik tersebut alami. Orang yang tidak merasa kesusahan akan sekadar mengucap kasihan, tapi orang yang rasa kesusahan akan rasa empati dalam lubuk hatinya, erti kesusahan, erti berlapar, erti tidak berlampu, bayangkanlah?

Di APS ramai guru2 saya. mereka banyak mendidik saya (selain ibu dan ayah saya) mereka umpama seorang ibu, seorang ayah. Saya hargai mereka. Mereka umpama kawan saya. Cikgu Rosiah, mak siti, ust mokhti, cikgu muszaphar, cikgu mokhsin, ust marzuki, cikgu zainudin kasbi, mereka ini pembimbing saya, guru saya ketika saya tingga di asrama. Pada mereka saya ucapkan pujian dan terima kasih. Saya mohon doa restu Ilahi rahmatilah mereka ini. mereka telah banyak membantu saya. Terlalu banyak. terima kasih cikgu

Di APS juga saya ada beberapa org sahabat, antaranya Som, jamil, rahman (hantu galah) dan wahab. Mereka ini banyak membantu saya. Susah senang bersama. Terima kasih sahabat

Di APS juga saya kenal dgn Mak Tom. Penyelia asrama. Baik budinya. Sentiasa berkongsi pendapat dan pandangan. ramah. memahami dan senyumannya tidak lekang di bibir.

Di APS juga saya baik dgn tukang kebun. tukang masak. semua pekerja saya baik.

Ada satu ketika baru baru ini balik ke segamat, seorang pakcik menegur saya, dia kenal saya, saya kenal dia. Ramahnya mereka sehingga mereka pencen.

Di APS juga saya belajar erti kepimpinan. saya menjadi imam solat sejak tingkatan 3 hingga tamat sekolah. Saya pernah dipilih menjadi su asrama dan semasa di tingkatan 5 menjadi ketua asrama.

Saya rindu pada kehidupan di APS. Rindu pada kawan2. rindu pada sahabat2. bila rindu pada mereka, saya panjatkan doa ilahi semoga bertemu di satu hari, jika tidak di dunia di akhirat nanti. Amin

3 comments:

  1. APS,walaupun saya hanya sempat 2 tahun saja,tapi memori tetap selamanye...kelmarin jalan2 di giant shah alam terserempak cikgu fadhilah..dia dah transfer ke shah alam ikut suami..cikgu yang mengajar saya pjk di sts.sentiasa bersemangat..saya sapa,walaupun masing2 tak ingat nama tapi the face is still familiar..'cap sts'..hehe..dia ada mention nama abg fazlin,paling glamour di sts.cikgu mana tak ingat..and alhamdulillah, dia ucap syukur,dia baru balik haji,anak sulungnya yg belajar di sts pun dah jadi doctor.and student dia yang menulis ni pun dah jadi lecturer..and ramai lagi yang dah 'menjadi'...syukur pada Allah,gembira rasa bila tengok anak2 sts berjaya..

    ReplyDelete
  2. Bro, Mak Tom still there, how bout drop by and sez hi to her.Lagi berapa hari sangat dia nak bersara...

    Bomoh (blackcrown7@yahoo.com)

    ReplyDelete
  3. Salam...saya pun pernah stay di APS dari tahun 1988 - Form 1 sehingga 1992 - form 5.....zahari moharis, antara warden yg pernah menjaga saya iaitu Cikgu Samsuddin, Cikgu Syed Al-Jabbar, Cikgu Marzuki & Cikgu Musa....banyak kenangan di sana...

    ReplyDelete