Saturday, May 9, 2009

POLITIK

Sumpah dan janji manis orang politik memang tidak boleh dipercayai. Tetapi tindakan orang politik adalah tidak mustahil.

Saya pernah berpengalaman dulu-dulu kala, menjemput seorang ahli parlimen semasa di UKM dulu, bergelar Dato' (sekarang dah jadi X YB) berjanji akan memberi RM10,000.00 kepada projek yg saya kelolakan. Tapi, itulah janji seorang ahli politik, tidak ditunaikan. Seingat saya, 4 kali turun naik pejabat YB tersebut, akhirnya saya terpaksa mencari alternatif lain utk membiayai projek saya tersebut.

Tindakan orang politik adalah tidak mustahil.

Pernah satu ketika, anak saudara saya posting di klang, suaminya di bekerja di syarikat Intell di Penang. Apabila bersua YB Menteri Pelajaran di Parlimen saya menyuarakan hal kesulitan tersebut. Surat dikemukakan. Tindakannya 5 hari anak saudara saya telah dapat bertukar sekolah di Penang. Tindakan orang politik memang tidak mustahil.

Saya juga terserempak beberapa ahli politik yg lain. Bercakap dan bersembang, memang tindakan orang politik yang mustahil bagi rakyat biasa tidak mustahil bagi mereka.

Jadi apabila membaca, melihat, dan menonton insiden yang berlaku di Perak saya katakan bahawa " Memang, tindakan orang politik adalah tidak mustahil, tetapi janji manis orang politik tidak boleh dipercayai"

Sunday, April 26, 2009

MENARA BANGSA

Suria muncul di pagi hari
Kita bangun sederap kaki
Menara bangsa akan kita bina
Perkasa tiada rebah lagi

Mentari sudah ada di sini
Pasti bersinar beribu tahun lagi
Biar berhembus angin sangkakala
Malam pasti tiada datang

Kita sudah tiada perlu tidur
Kerana mimpi ada di depan mata
Embun jernih pengganti keringat
Berkilau bagai mutiara

Rimba akan terus hijau
Unggas riang ria berkicau
Air jernih meriak di sungai
Udara nyaman tenang dirongga

Darah kembali berharga
Merah buat penyeri muka
Senyum terus meniti di bibir
Kasih sayang jadi milik semua

Kita bebas
Terbang laksana burung
Terikat hanya di tali cinta (2X)

(lagu rasmi BTN JPM)

Wednesday, April 22, 2009

PESTA BUKU 2009

Sebelum check in hotel hari ini,selepas segala urusan di IIM (Bertemu dan berbincang dgn En Harisham dan Dato' Presiden IIM utk program seminar guru) saya ke PWTC utk melihat dan meninjau pesta Buku pada tahun ini.

Kali terakhir saya pergi pada tahun 2005. Banyak perbezaan dan perubahan pada tahun ini. Agak baik berbanding dulu. Dari segi penyertaannya, bilangan buku, pelbagai judul buku, banyak lagilah. Sedar tak sedar masa 3 jam merayau dicelah hiruk pikuk org ramai tak kesedaran.

Kebanyakkan yg pergi ke pesta buku ialah pelajar sekolah, pelajar U, dan guru2 serta pensyarah. Majoritinya ialah pelajar sekolah. kerana mereka mudah dikenali kerana beruniform yang jelas mempamirkan mereka pelajar sekolah.

Memang patut, membawa pelajar ke pesta buku. Menanam nilai2 murni utk mereka, berjinak dengan buku. Tidak salah. Tapi sebenarnya mereka tidak mampu utk membeli buku yg berkualiti dari segi fizikalnya dan isi dalaman buku tersebut. Harga buku kebanyakan mahal. Walaupun ada potongan 10%-20% ianya tetap mahal.Kebanyakan mereka datang dari jauh, hanya dapat dan mampu membeli buku2 yang telah di reject dgn harga RM1-RM3. Dari segi silibus buku tersebut out of date, mutunya jauh sekali.

Saya pernah bangkitkan dalam satu wacana semasa di UKM dulu ialah, masalah kurangnya minat rakyat malaysia ini membaca ialah harga buku amat mahal. Sepatutnya kerajaan mencari langkah yang sesuai utk mengurangkan beban rakyat supaya budaya membaca dapat dipupuk, memberi subsidi utk rakyat membeli buku, menyediakan buku2 percuma utk rakyat, meningkatkan potongan cukai pembelian buku dari RM1000 ke RM3500,menggalakan industri pencetakan buku. Hal ini boleh dibuat, syarikat gergasi negara, memberi khidmat sosial dalam bentuk pemberian buku, mengapa syarikat gergasi boleh menaja pelbagai acara mega, tetapi tidak utk Buku.

Walau apapun kita jgn lupa, segolongan rakyat malaysia memang tidak suka membaca. kalau suka pun mereka lebih kepada pembacaan yg bercorak hiburan. Di situ ada kemahuan, di sana ada jalan.

Saya sempat beli 4 buah buku, 1 utk saya, dan 3 lagi utk anak-anak saya.

Jom kita membaca!!

Tuesday, April 21, 2009

Orang yang sibuk, mempunyai masa

Percaya atau tidak, jika anda terlalu sibuk suatu hari, anda sebenarnya mempunyai masa. Ramai orang kata, dia tidak mempunyai masa, sebenarnya orang tersebut tidaklah sesibuk mana.

Jika kita lihat dan renungi, ramai orang suka melepak dikedai2 kopi, secawan teh hendak diminum mengambil masa 3 jam. Logik ker?

Sebenarnya jika kita kaji, masa cukup dan memadai. Cubalah anda jadi orang yang paling sibuk, anda sebenarnya banyak masa! Percayalah

Monday, April 20, 2009

Jibrail Vs Mungkar Nangkir

Menurut ahli psikologi golongan pendidik hendaklah mendidik murid2/pelajar-pelajar dengan teknik yang baik, kasih sayang, membelai murid dan banyak lagi.

Sebahagiannya saya bersetuju, tetapi kebanyakkannya saya tidak bersetuju. Saya lebih gemar menggunakan teknik mungkar nangkir daripada teknik Jibrail (membelai) kerana ianya amat-amatlah berkesan. Buktinya:

Hari ini saya menangkat seorang pelajar perempuan (umur 8 tahun) mencuri. Pada mulanya seorang cikgu bertanya dengan baik, membelainya minta dia mengaku. Tidak berkesan. Bila diserahkan kepada saya, (memang dalam hati dah dapat rasa budak ini memang mencuri) langkat pertama yang saya buat ialah memberi pelempeng "jepun" sekali. kemudian saya tanya, awak mencuri? dengan penuh ikhlas dan berlinangan air mata dia mengaku. Kerja jadi cepat, kelas dapat di kawal, ilmu cepat difahami. Mudah dan berkesan.

Dalam islam, rotan adalah unsur mendidik yang amat berguna. Saya selalu membawa anak lelaki sulung saya ke masjid. Setiap kali ke masjid saya berpesan, Abang long jangan bermain, berlari dan buat nakal, nanti ayah rotan. Ada sekali dia bermain, oleh kerana saya dah buat perjanjian dgnnya, balik rumah saya rotan. Sejak hari itu anak saya bila ke masjid akan sentiasa mematuhi arahan saya dan tidak mengganggu jemaah lain untuk bersolat.

Setakat ini kaedah mungkar nangkir amat berkesan untuk mendidik pelajar kita, lebih-lebih lagi masa kini. Percayalah!

Tuesday, April 14, 2009

Kursus

Bulan April nie, penuh dengan kursus dan pelbagai program. Minggu lepas hantar pasukan bola baling sekolah ke peringkat daerah, Alhamdulillah dapat naib johan. Selepas itu, 5 hari ke kursus BTN di KBN Maran Pahang. Banyak isu yang diperdebatkan. Saya dipilih menjadi ketua kumpulan, seronok, banyak juga cerita-cerita yang menggelikan hati, melucukan. Sesi perdebatan tidak kurang hebatnya. Yang paling banyak bercakap, sayalah (agak-agaknya)

Lepas tu, 18 april ni pergi kursus pengurusan strategik di Agro resort semuji pula. Balik dari semuji, ada kursus di KL pula 3 hari. Kursus ini bagus, banyak input diperolehi, tapi yang paling kesian, kat budak-budak yang rindu pada cikgunya yang baik hati ini......

Tuesday, March 31, 2009

CIKGU FADZILAH ABU BAKAR

Semasa saya menuntut di Sekolah Tinggi Segamat dulu saya mengenali seorang guru yang amat baik budi pekertinya iaitu cikgu fadzilah (Sama nama dengan isteri saya).

saya mengganggapnya seperti ibu saya sendiri. Nasihatnya, sikap ambil beratnya, tutur bicara menjadikan saya lebih bermotivasi lagi.

Cikgu Fadzilah yang saya ingat saya orang muar di parit bunga jika tidak silapnya. Walaupun beliau tidak mengajar saya, tetapi beliau amatlah memahami kesusahan saya, keperitan hidup saya dll. Pernah pada tahun 1998 beliau membuat parti menyambut hari lahir saya. Saya dijemput datang ke rumahnya. Terharu. Melayan kerenah anak-anaknya. terlalu baik keluarga mereka terhadap saya.

Cuma, saya agak lama tidak menghubunginya. Loss contact. Sejak beliau berpindah ke shah alam, saya tidak dapat menghubungi beliau. Cuma saya berdoa semoga Allah swt permudahkan utk saya berjumpa dan berhubung dgn seorang guru yang banyak berjasa kepada saya seumpama ibu saya sendiri suatu hari nanti. Amin. Semoga beliau sihat sejahtera. Amin

Wednesday, March 18, 2009

Asrama Pusat Segamat (A.P.S)

Antara asrama yang lama saya tinggal ialah di Asrama Pusat Segamat. APS.

Banyak kenangan indah, kenangan pahit, kenangan silam tinggal di APS. Di sini jugalah saya belajar tentang diri saya. Sejarah silam mendidik saya erti sebenar kehidupan. Di sini jugalah saya kenal kawan-kawan, sahabat-sahabat dan guru-guru. Di sini jugalah saya membina diri saya.

Apabila menatap akhbar utusan malaysia beberapa hari lalu, seorang pelajar miskin di kelantan yg dapat 20A dlm SPM nya, hanya yang tahu erti kemiskinan sahaja yang mengerti erti kesusahan. Saya pernah mengalaminya. Tapi nasib saya tidak seteruk yang adik tersebut alami. Orang yang tidak merasa kesusahan akan sekadar mengucap kasihan, tapi orang yang rasa kesusahan akan rasa empati dalam lubuk hatinya, erti kesusahan, erti berlapar, erti tidak berlampu, bayangkanlah?

Di APS ramai guru2 saya. mereka banyak mendidik saya (selain ibu dan ayah saya) mereka umpama seorang ibu, seorang ayah. Saya hargai mereka. Mereka umpama kawan saya. Cikgu Rosiah, mak siti, ust mokhti, cikgu muszaphar, cikgu mokhsin, ust marzuki, cikgu zainudin kasbi, mereka ini pembimbing saya, guru saya ketika saya tingga di asrama. Pada mereka saya ucapkan pujian dan terima kasih. Saya mohon doa restu Ilahi rahmatilah mereka ini. mereka telah banyak membantu saya. Terlalu banyak. terima kasih cikgu

Di APS juga saya ada beberapa org sahabat, antaranya Som, jamil, rahman (hantu galah) dan wahab. Mereka ini banyak membantu saya. Susah senang bersama. Terima kasih sahabat

Di APS juga saya kenal dgn Mak Tom. Penyelia asrama. Baik budinya. Sentiasa berkongsi pendapat dan pandangan. ramah. memahami dan senyumannya tidak lekang di bibir.

Di APS juga saya baik dgn tukang kebun. tukang masak. semua pekerja saya baik.

Ada satu ketika baru baru ini balik ke segamat, seorang pakcik menegur saya, dia kenal saya, saya kenal dia. Ramahnya mereka sehingga mereka pencen.

Di APS juga saya belajar erti kepimpinan. saya menjadi imam solat sejak tingkatan 3 hingga tamat sekolah. Saya pernah dipilih menjadi su asrama dan semasa di tingkatan 5 menjadi ketua asrama.

Saya rindu pada kehidupan di APS. Rindu pada kawan2. rindu pada sahabat2. bila rindu pada mereka, saya panjatkan doa ilahi semoga bertemu di satu hari, jika tidak di dunia di akhirat nanti. Amin

Wednesday, March 11, 2009

PELANDUK

"PELANDUK DUA SERUPA" itulah kata2 peribahasa org melayu

Pelanduk sebenarnya lebih besar dpd kancil. Lingkungan 4-6kg seekor. Dalam hutan biasanya mendiami tempat yg berpamah dan berhampiran dgn punca air, kaki bukit, hutan premier serta hutan yg telah di balak.

Pelanduk berwarna perang kemerahan di atas dan putih kekuningan di bahagian bawah (hampir sama dgn kancil, cuma kancil adalah lebih kecil). Mempunyai tiga jalur dibahagian depan leher bermula daripada rahang dan bersambung hingga ke bahu

Pelanduk aktif pada waktu malam. Biasanya bersendirian dan kadang-kadang berpasangan.

Setiap kali ke hutan berburu, saya berdoa semoga dapat pelanduk. Lama dah tak makan pelanduk........ Bila lah agaknya Allah swt kabulkan